Khatan Selamat, Moden & Berpatutan

Promosi Khatan Untuk Anda

Pilihan Kaedah Sunat

Sunat-putrajaya-laser-khatan-medinoura-kanak-sunat-dewasa-sunat-bangi-selangor-laser

Laser

  • Cauthery laser adalah teknologi moden yang digunakan untuk memotong tisu dan pada masa sama membekukan saluran darah kecil ketika prosedur khatan.

  • Ia menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi melalui dua hujung elektrod (bipolar) → jadi tenaga hanya fokus pada kawasan yang disentuh, tidak merebak ke tisu sekeliling.

 

      Kelebihan Cauthery laser khatan

  • Kurang Pendarahan – Saluran darah terus “sealed” semasa dipotong.

  • Cepat & Efisien – Masa prosedur lebih singkat berbanding kaedah tradisional.

  • Kurang Trauma Pada Tisu – Luka lebih kemas, risiko komplikasi lebih rendah.

  • Penyembuhan Lebih Cepat – Kurang bengkak & sakit selepas prosedur.

  • Sesuai Untuk Semua Umur – Kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Zsr-stapler-sunat-moden-medinoura-selamat-subat-teknoklem-indonesia-putrajaya

ZSR Stapler

  • Khatan stapler ialah kaedah sunat moden menggunakan alat khas berbentuk stapler sekali guna (disposable).

  • Alat ini berfungsi untuk memotong kulup (foreskin) dan pada masa yang sama mengepit luka dengan staples kecil yang boleh tertanggal sendiri.

       Kelebihan Khatan Stapler

  • Cepat → prosedur biasanya 10–15 minit sahaja.

  • Tiada pendarahan → kerana ada sistem pengepit (clamp).

  • Tanpa jahitan, stapler akan tanggal sendiri

  • Luka lebih kemas & seragam berbanding jahitan biasa.

  • Pemulihan lebih cepat → biasanya 1 minggu.

  • Sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.

clamp-sunat-moden-medinoura-selamat-subat-teknoklem-indonesia-putrajaya

Clamp

  • Clamp ialah alat khas sekali guna (disposable device) yang direka untuk prosedur khatan.

  • Alat ini mengepang kulit hujung zakar (kulup) dan memotongnya dengan cepat tanpa perlu jahitan.

  • Clamp akan menekan saluran darah → jadi kurang pendarahan dan luka lebih kemas.

  • Clamp akan dibuka serta merta selepas prosedur. Tidak perlu berjumpa doktor semula untuk membuka clamp.

       
       Kelebihan Kaedah Clamp

  • Prosedur Cepat – Biasanya hanya ambil 10-15 minit sahaja.

  • Kurang Pendarahan – Clamp menekan saluran darah, jadi darah keluar sangat sedikit.

  • Tak Perlu Jahitan – Luka lebih kemas, nampak teratur.

  • Penyembuhan Cepat – Biasanya luka lebih cepat baik berbanding cara tradisional.

  • Sesuai Untuk Kanak-Kanak & Remaja – Proses lebih mudah dikendalikan untuk pesakit kecil.

Siapa Sesuai Buat Khatan di Klinik Medinoura

Sunat-budak-khatan-cina-iban-kadazan-dusun-sunat-selamat-testimoni-reciew-bagus-putrajaya

Kanak kanak

• Mengurangkan risiko jangkitan salur kencing
• Memudahkan penjagaan kebersihan harian kanak-kanak
• Sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak

Sunat-remaja-khatan-cina-iban-kadazan-dusun-sunat-selamat-testimoni-reciew-bagus-putrajaya-dewasa

Remaja / Dewasa

• Untuk lelaki belum berkhatan atas pilihan
• Sesuai bagi lelaki mengalami fimosis berulang
• Mengatasi masalah jangkitan dan kebersihan zakar
• Meningkatkan kebersihan serta kesihatan seksual individu

Testimoni Pesakit Klinik Medinoura

Kenapa Patut Memilih Klinik Medinoura

Sunat-putrajaya-laser-khatan-medinoura-kanak-sunat-dewasa-sunat-bangi-selangor-selamat

Prosedur Sunat Cepat, Selamat & Terjamin

Sunat-putrajaya-laser-khatan-medinoura-kanak-sunat-dewasa-sunat-bangi-selangor-konsultasi

Konsultasi Lengkap Sebelum & Selepas Sunat

Sunat-putrajaya-laser-khatan-medinoura-kanak-sunat-dewasa-sunat-bangi-selangor-mudah-sembuh

Risiko Rendah & Penyembuhan Lebih Baik

Sunat-putrajaya-laser-khatan-medinoura-kanak-sunat-dewasa-sunat-bangi-selangor-privasi

Bilik Sunat Yang Privasi, Tenang & Selesa

Doktor Klinik Medinoura

klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-doktor-perempuan.jpg

Dr. Husnun Nisak | Pengarah

Dr. Husnun, lulusan MBBCh, mempunyai lebih 10 tahun pengalaman termasuk berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan Klinik Kesihatan Putrajaya. Beliau memberi tumpuan kepada kesihatan wanita, serta perubatan estetik, dengan minat khusus terhadap PCOS, obesiti, dan kesihatan metabolik.

Dr. Anwar Azhari | Doktor Residen

Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang Ortopedik di Hospital Kajang dan Hospital Cyberjaya, Dr. Anwar berkemahiran dalam prosedur pembedahan kecil serta suntikan lutut. Beliau mempunyai minat mendalam dalam perubatan estetik dengan menggabungkan kepakaran pembedahan dengan terapi moden.

Dr. Madeeha Syaheedah | Doktor Residen

Dr. Madeeha mempunyai 8 tahun pengalaman dalam kesihatan wanita, dengan latihan dalam Obstetrik & Ginekologi di Hospital Kajang serta sebuah hospital daerah di Melaka. Beliau amat berdedikasi dalam pengurusan masalah wanita dan komited memberikan rawatan yang penuh perhatian serta disesuaikan mengikut keperluan setiap wanita.

Klinik Panel Kami

klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-pmcare.jpg
klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-panel-insuran-health-connect.jpg
klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-panel-insuran-health-metrics.jpg
klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-panel-insuran-internation-assistance-ai.jpg
klinik-medinoura-bangi-putrajaya-nilai-panel-insuran-eben-assist.jpg

Dapatkan Rawatan Khatan Sekarang

Jom Sunat di Klinik Medinoura Sekarang

Soalan Lazim (FAQ)

Khatan Kanak-Kanak

Usia paling sesuai untuk khatan adalah antara 5 hingga 12 tahun, namun ia boleh dilakukan lebih awal atau lewat bergantung kepada keadaan kesihatan kanak-kanak dan pilihan ibu bapa.

Kami menggunakan anestesia tempatan yang berkesan untuk memastikan kanak-kanak tidak merasa sakit semasa prosedur. Rasa ketidakselesaan mungkin wujud selepas kesan bius hilang, namun kami akan memberikan ubat tahan sakit jika perlu.

Proses khatan biasanya hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit bergantung kepada teknik yang digunakan dan keadaan pesakit.

Kami menggunakan teknik moden seperti kaedah clamp (kelambu) atau laser yang cepat dan selamat, mengurangkan risiko pendarahan dan mempercepatkan pemulihan.

Biasanya tiada persiapan khusus diperlukan, namun kami menyarankan kanak-kanak datang dalam keadaan sihat. Jika ada masalah kesihatan seperti demam, adalah baik untuk menangguhkan prosedur.

Tempoh pemulihan biasanya sekitar 5 hingga 7 hari. Dalam tempoh ini, penjagaan luka yang baik diperlukan untuk memastikan pemulihan cepat dan mengelakkan jangkitan.

Kami akan memberikan panduan penjagaan luka yang terperinci. Ini termasuk membersihkan kawasan khatan dengan lembut, menukar balutan, dan mengelakkan aktiviti yang terlalu lasak untuk beberapa hari.

Komplikasi jarang berlaku, tetapi ada risiko kecil seperti pendarahan ringan atau jangkitan. Jika terjadi, kami akan menyediakan rawatan susulan dengan segera.

Kami akan melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk menjalani khatan.

Kos bergantung kepada teknik yang digunakan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai harga pakej khatan kami.

Khatan Dewasa

Prosedur khatan untuk dewasa mungkin memerlukan sedikit penjagaan tambahan kerana kulit zakar dewasa
lebih tebal. Namun, dengan teknik moden yang kami gunakan, prosedur tetap selamat dan efisien.

Risiko khatan dewasa termasuk jangkitan, pendarahan ringan, atau ketidakselesaan semasa tempoh
pemulihan. Namun, risiko ini adalah kecil dan boleh dikawal dengan penjagaan yang betul.

Tempoh pemulihan untuk dewasa biasanya mengambil masa sekitar 7 hingga 10 hari. Sepanjang tempoh ini,
penting untuk menjaga kebersihan luka dan mengelakkan aktiviti berat

Selepas prosedur, pesakit dewasa disarankan untuk berehat, menjaga kebersihan luka, dan memakai pakaian
longgar untuk mengelakkan geseran pada kawasan khatan. Kami juga akan memberikan ubat untuk
mengurangkan rasa sakit jika diperlukan.

Pada hari pertama hingga ketiga, pesakit mungkin akan merasa sedikit tidak selesa. Namun, kebanyakan
pesakit dewasa boleh kembali kepada aktiviti ringan dalam masa 2 hingga 3 hari selepas khatan.

Ya, pemeriksaan kesihatan asas akan dilakukan untuk memastikan anda sihat dan sesuai untuk menjalani
prosedur khatan

Ya, khatan dewasa boleh dijalankan atas sebab perubatan seperti phimosis (kekangan kulit kulup), kebersihan,
atau masalah jangkitan berulang.

Kos bergantung kepada jenis teknik yang digunakan serta keperluan penjagaan selepas prosedur. Sila hubungi
kami untuk maklumat lanjut.

Sebaiknya elakkan aktiviti berat atau senaman selama seminggu selepas prosedur untuk memastikan luka
sembuh dengan baik.

Kami menggunakan teknik moden seperti laser bipolar atau clamp yang lebih cepat, selamat, dan
mengurangkan risiko komplikasi.

error: Content is protected !!