- Putrajaya & Nilai, Negeri Sembilan
Khatan Selamat, Moden & Berpatutan
- Klinik Buka Setiap Hari
- Sesuai untuk kanak-kanak, remaja & dewasa
- Rawatan Moden & Selamat
- Laser, Clamp & Stapler
- Harga Berpatutan, Akses Mudah
Promosi Khatan Untuk Anda





Pilihan Kaedah Sunat
Laser
Cauthery laser adalah teknologi moden yang digunakan untuk memotong tisu dan pada masa sama membekukan saluran darah kecil ketika prosedur khatan.
Ia menggunakan arus elektrik berfrekuensi tinggi melalui dua hujung elektrod (bipolar) → jadi tenaga hanya fokus pada kawasan yang disentuh, tidak merebak ke tisu sekeliling.
Kelebihan Cauthery laser khatan
Kurang Pendarahan – Saluran darah terus “sealed” semasa dipotong.
Cepat & Efisien – Masa prosedur lebih singkat berbanding kaedah tradisional.
Kurang Trauma Pada Tisu – Luka lebih kemas, risiko komplikasi lebih rendah.
Penyembuhan Lebih Cepat – Kurang bengkak & sakit selepas prosedur.
Sesuai Untuk Semua Umur – Kanak-kanak, remaja dan dewasa.
ZSR Stapler
Khatan stapler ialah kaedah sunat moden menggunakan alat khas berbentuk stapler sekali guna (disposable).
Alat ini berfungsi untuk memotong kulup (foreskin) dan pada masa yang sama mengepit luka dengan staples kecil yang boleh tertanggal sendiri.
Kelebihan Khatan Stapler
Cepat → prosedur biasanya 10–15 minit sahaja.
Tiada pendarahan → kerana ada sistem pengepit (clamp).
Tanpa jahitan, stapler akan tanggal sendiri
Luka lebih kemas & seragam berbanding jahitan biasa.
Pemulihan lebih cepat → biasanya 1 minggu.
Sesuai untuk kanak-kanak & dewasa.
Clamp
Clamp ialah alat khas sekali guna (disposable device) yang direka untuk prosedur khatan.
Alat ini mengepang kulit hujung zakar (kulup) dan memotongnya dengan cepat tanpa perlu jahitan.
Clamp akan menekan saluran darah → jadi kurang pendarahan dan luka lebih kemas.
- Clamp akan dibuka serta merta selepas prosedur. Tidak perlu berjumpa doktor semula untuk membuka clamp.
Kelebihan Kaedah Clamp
Prosedur Cepat – Biasanya hanya ambil 10-15 minit sahaja.
Kurang Pendarahan – Clamp menekan saluran darah, jadi darah keluar sangat sedikit.
Tak Perlu Jahitan – Luka lebih kemas, nampak teratur.
Penyembuhan Cepat – Biasanya luka lebih cepat baik berbanding cara tradisional.
Sesuai Untuk Kanak-Kanak & Remaja – Proses lebih mudah dikendalikan untuk pesakit kecil.
Siapa Sesuai Buat Khatan di Klinik Medinoura
Kanak kanak
• Mengurangkan risiko jangkitan salur kencing
• Memudahkan penjagaan kebersihan harian kanak-kanak
• Sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak
Remaja / Dewasa
• Untuk lelaki belum berkhatan atas pilihan
• Sesuai bagi lelaki mengalami fimosis berulang
• Mengatasi masalah jangkitan dan kebersihan zakar
• Meningkatkan kebersihan serta kesihatan seksual individu
Testimoni Pesakit Klinik Medinoura
EXCELLENT Based on 318 reviews Posted on Nur AshikinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Klinik yang cantik dan selesa. Staff sangat friendly. Doctor sangat baik dan bagus bagi penerangan yang jelas & details. TerbaikkPosted on Mr. C. HurstTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Dr Anwar helped my daughter with her ingrown nail. He was extremely gentle and professional.Posted on Fildzah AriffinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Clinic is comfortable, hospitality is great. Environment very calming. Dr in charge was so helpful. Nice experience and recommended clinic to visit.Posted on Norlela NordinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Saya mengalami pening.. Muntah.. Mual Dan kembung perut. Saya berjumpa Doc Di Klinik Medinoura. Alhamdulillah saya Di periksa dgn teliti diberi ubatan dlm tempoh 2 hari saya pulih seperti sediakala. Dr yang merawat saya begitu teliti Dan lemah lembut.. Staff yang mesra pelangan. ***** utk Klinik... utk Doctor Dan utk StaffPosted on Nor HalizahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Klinik ni sangat best dan harga pun berpatutan... alhamdulillah penerangan juga sangat teliti.. Dr n staf sangat baik Sangat recommended Sy happy bila keluar dari klinik ni walaupon dalam keadaan tk sihat.. N esok pagi nya dorg watspp tnya keadaan patient....terus rasa wahh best nya... Tk pernah lg g klinik esok nya dorg tanya keadaan patient.. service korang mmg bommm laa sy suka🥰🥰🥰🥰Posted on eda.rusni91 edarusniTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Harini sunat baby girl. Alhamdulillah servis terbaik dari staff dan Dr Husnun. Dr Husnun beri keterangan berkenaan sunat baby girl sebelum dan selepas prosedur. Klinik cantik dan bersih. Ruang menunggu sangat2 selesa.Posted on SITI NUR LAILA BINTI AB HADI (INFORM)Trustindex verifies that the original source of the review is Google. Servis yang baik dan Dr. Sangat membantuPosted on Muhammad Lufti AhmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google. No need to explain further. Dr. Husnun is a good & knowledgeable doctor. Come to the clinic and experience yourself.Posted on Nur YaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Klinik yang cantik dan selesa.Doktor and staf sangat baik dan ramah. Saya datang untuk procedure IUCD removal.Terima Kasih tak terhingga pada Doktor dan nurse yang berusaha untuk saya walaupun kes saya complicated.Moga Allah merahmati keduanya and klinik maju jaya.
Kenapa Patut Memilih Klinik Medinoura
Prosedur Sunat Cepat, Selamat & Terjamin
Konsultasi Lengkap Sebelum & Selepas Sunat
Risiko Rendah & Penyembuhan Lebih Baik
Bilik Sunat Yang Privasi, Tenang & Selesa
Doktor Klinik Medinoura

Dr. Husnun Nisak | Pengarah
Dr. Husnun, lulusan MBBCh, mempunyai lebih 10 tahun pengalaman termasuk berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan Klinik Kesihatan Putrajaya. Beliau memberi tumpuan kepada kesihatan wanita, serta perubatan estetik, dengan minat khusus terhadap PCOS, obesiti, dan kesihatan metabolik.

Dr. Anwar Azhari | Doktor Residen
Dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang Ortopedik di Hospital Kajang dan Hospital Cyberjaya, Dr. Anwar berkemahiran dalam prosedur pembedahan kecil serta suntikan lutut. Beliau mempunyai minat mendalam dalam perubatan estetik dengan menggabungkan kepakaran pembedahan dengan terapi moden.

Dr. Madeeha Syaheedah | Doktor Residen
Dr. Madeeha mempunyai 8 tahun pengalaman dalam kesihatan wanita, dengan latihan dalam Obstetrik & Ginekologi di Hospital Kajang serta sebuah hospital daerah di Melaka. Beliau amat berdedikasi dalam pengurusan masalah wanita dan komited memberikan rawatan yang penuh perhatian serta disesuaikan mengikut keperluan setiap wanita.
Klinik Panel Kami
Dapatkan Rawatan Khatan Sekarang
Jom Sunat di Klinik Medinoura Sekarang
- Klinik Buka Setiap Hari
- Sesuai untuk kanak-kanak, remaja & dewasa
- Rawatan Moden & Selamat
- Laser, Clamp & Stapler
- Harga Berpatutan, Akses Mudah
Soalan Lazim (FAQ)
Khatan Kanak-Kanak
1. Pada usia berapa sesuai untuk kanak-kanak berkhatan?
Usia paling sesuai untuk khatan adalah antara 5 hingga 12 tahun, namun ia boleh dilakukan lebih awal atau lewat bergantung kepada keadaan kesihatan kanak-kanak dan pilihan ibu bapa.
2. Adakah prosedur khatan menyakitkan?
Kami menggunakan anestesia tempatan yang berkesan untuk memastikan kanak-kanak tidak merasa sakit semasa prosedur. Rasa ketidakselesaan mungkin wujud selepas kesan bius hilang, namun kami akan memberikan ubat tahan sakit jika perlu.
3. Berapa lama masa yang diambil untuk prosedur khatan?
Proses khatan biasanya hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit bergantung kepada teknik yang digunakan dan keadaan pesakit.
4. Bagaimana teknik khatan dilakukan di Klinik Medinoura?
Kami menggunakan teknik moden seperti kaedah clamp (kelambu) atau laser yang cepat dan selamat, mengurangkan risiko pendarahan dan mempercepatkan pemulihan.
5. Adakah kanak-kanak perlu menjalani persiapan khusus sebelum khatan?
Biasanya tiada persiapan khusus diperlukan, namun kami menyarankan kanak-kanak datang dalam keadaan sihat. Jika ada masalah kesihatan seperti demam, adalah baik untuk menangguhkan prosedur.
6. Berapa lama tempoh pemulihan selepas khatan?
Tempoh pemulihan biasanya sekitar 5 hingga 7 hari. Dalam tempoh ini, penjagaan luka yang baik diperlukan untuk memastikan pemulihan cepat dan mengelakkan jangkitan.
7. Apakah penjagaan yang diperlukan selepas khatan?
Kami akan memberikan panduan penjagaan luka yang terperinci. Ini termasuk membersihkan kawasan khatan dengan lembut, menukar balutan, dan mengelakkan aktiviti yang terlalu lasak untuk beberapa hari.
8. Adakah sebarang komplikasi yang boleh berlaku selepas khatan?
Komplikasi jarang berlaku, tetapi ada risiko kecil seperti pendarahan ringan atau jangkitan. Jika terjadi, kami akan menyediakan rawatan susulan dengan segera.
9. Bolehkah kanak-kanak berkhatan jika mereka mempunyai masalah kesihatan seperti asma atau alahan?
Kami akan melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu untuk memastikan anak anda berada dalam keadaan yang sesuai untuk menjalani khatan.
10. Berapa kos khatan untuk kanak-kanak?
Kos bergantung kepada teknik yang digunakan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai harga pakej khatan kami.
Khatan Dewasa
1. Adakah khatan untuk dewasa lebih rumit daripada kanak-kanak?
Prosedur khatan untuk dewasa mungkin memerlukan sedikit penjagaan tambahan kerana kulit zakar dewasa
lebih tebal. Namun, dengan teknik moden yang kami gunakan, prosedur tetap selamat dan efisien.
2. Apakah risiko khatan untuk dewasa?
Risiko khatan dewasa termasuk jangkitan, pendarahan ringan, atau ketidakselesaan semasa tempoh
pemulihan. Namun, risiko ini adalah kecil dan boleh dikawal dengan penjagaan yang betul.
3. Berapa lama tempoh pemulihan selepas khatan dewasa?
Tempoh pemulihan untuk dewasa biasanya mengambil masa sekitar 7 hingga 10 hari. Sepanjang tempoh ini,
penting untuk menjaga kebersihan luka dan mengelakkan aktiviti berat
4. Apakah penjagaan selepas khatan untuk dewasa?
Selepas prosedur, pesakit dewasa disarankan untuk berehat, menjaga kebersihan luka, dan memakai pakaian
longgar untuk mengelakkan geseran pada kawasan khatan. Kami juga akan memberikan ubat untuk
mengurangkan rasa sakit jika diperlukan.
5. Adakah khatan dewasa menyebabkan ketidakselesaan dalam aktiviti harian?
Pada hari pertama hingga ketiga, pesakit mungkin akan merasa sedikit tidak selesa. Namun, kebanyakan
pesakit dewasa boleh kembali kepada aktiviti ringan dalam masa 2 hingga 3 hari selepas khatan.
6. Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melakukan khatan?
Ya, pemeriksaan kesihatan asas akan dilakukan untuk memastikan anda sihat dan sesuai untuk menjalani
prosedur khatan
7. Bolehkah khatan dewasa dijalankan untuk tujuan perubatan?
Ya, khatan dewasa boleh dijalankan atas sebab perubatan seperti phimosis (kekangan kulit kulup), kebersihan,
atau masalah jangkitan berulang.
8. Berapa kos khatan dewasa?
Kos bergantung kepada jenis teknik yang digunakan serta keperluan penjagaan selepas prosedur. Sila hubungi
kami untuk maklumat lanjut.
9. Bolehkah saya bekerja atau melakukan senaman selepas khatan dewasa?
Sebaiknya elakkan aktiviti berat atau senaman selama seminggu selepas prosedur untuk memastikan luka
sembuh dengan baik.
10. Apakah teknik khatan yang digunakan untuk dewasa?
Kami menggunakan teknik moden seperti laser bipolar atau clamp yang lebih cepat, selamat, dan
mengurangkan risiko komplikasi.