Plantar Fasciitis: Punca Utama Sakit Tumit dan Rawatan Berkesan

Sakit Tumit Terutama Pada Waktu Pagi?

Adakah anda mengalami sakit yang mencucuk pada bahagian bawah tumit apabila bangun dari tidur atau selepas duduk dalam tempoh yang lama? Jika ya, anda mungkin mengalami Plantar Fasciitis.

Apakah Itu Plantar Fasciitis?

Plantar fasciitis ialah keradangan atau kecederaan pada plantar fascia, iaitu tisu tebal yang menghubungkan tulang tumit kepada jari-jari kaki.

Simptom Plantar Fasciitis

  • Sakit pada bahagian bawah tumit
  • Sakit yang paling teruk ketika langkah pertama pada waktu pagi
  • Kesakitan selepas duduk atau berehat lama
  • Sakit ketika berdiri atau berjalan lama
  • Ketidakselesaan selepas aktiviti sukan atau senaman

Punca Plantar Fasciitis

  • Berat badan berlebihan
  • Berdiri terlalu lama
  • Aktiviti sukan yang berimpak tinggi
  • Kasut yang tidak sesuai
  • Struktur kaki seperti flat feet atau lengkungan tinggi

Diagnosis Plantar Fasciitis

Di Klinik Medinoura, doktor akan melakukan pemeriksaan klinikal dan ultrasound muskuloskeletal untuk mengenal pasti punca sebenar sakit tumit.

Rawatan

  • Regangan plantar fascia dan otot betis
  • Penggunaan kasut yang sesuai
  • Insole sokongan lengkungan kaki
  • Ubat tahan sakit dan anti-radang
  • Fisioterapi
  • Suntikan ultrasound-guided

Suntikan yang dilakukan dengan panduan ultrasound membolehkan rawatan diberikan secara tepat ke kawasan yang mengalami kecederaan dan membantu mengurangkan kesakitan dengan lebih cepat.

Rawatan Plantar Fasciitis di Klinik Medinoura

  • ✔ Pemeriksaan oleh doktor berpengalaman
  • ✔ Ultrasound muskuloskeletal
  • ✔ Suntikan ultrasound-guided
  • ✔ Nasihat kasut dan insole
  • ✔ Pelan rehabilitasi yang disesuaikan

Hubungi Klinik Medinoura untuk mendapatkan penilaian dan rawatan plantar fasciitis secara profesional.

Artikle Lain

Rawatan Sakit Lutut

Suntikan Lutut: Rawatan Berkesan Untuk Sakit Lutut Tanpa Pembedahan Sakit lutut merupakan antara masalah sendi

error: Content is protected !!