Tennis Elbow vs Golfer’s Elbow: Apakah Perbezaannya?

Sakit Siku Ketika Mengangkat Barang atau Bermain Sukan?

Jika anda mengalami sakit pada bahagian siku ketika mengangkat barang, memegang raket, bermain golf atau melakukan kerja berulang menggunakan tangan, anda mungkin mengalami Tennis Elbow atau Golfer’s Elbow.

Walaupun kedua-dua keadaan ini melibatkan kesakitan pada siku, lokasi kecederaan dan tendon yang terlibat adalah berbeza.

Apakah Itu Tennis Elbow?

Tennis Elbow atau Lateral Epicondylitis merupakan keadaan di mana tendon yang melekat pada bahagian luar siku mengalami keradangan atau kecederaan akibat penggunaan berulang.

Simptom Tennis Elbow

  • Sakit di bahagian luar siku
  • Sakit ketika menggenggam objek
  • Sukar membuka botol atau memulas tombol pintu
  • Kekuatan genggaman tangan berkurangan
  • Kesakitan ketika mengangkat objek walaupun ringan

Apakah Itu Golfer’s Elbow?

Golfer’s Elbow atau Medial Epicondylitis berlaku apabila tendon pada bahagian dalam siku mengalami keradangan akibat tekanan berulang.

Simptom Golfer’s Elbow

  • Sakit di bahagian dalam siku
  • Kesakitan menjalar ke lengan bawah
  • Ketidakselesaan ketika menggenggam atau mengangkat barang
  • Kekakuan pada siku
  • Kadangkala rasa kebas pada jari manis dan jari kelingking

Tennis Elbow vs Golfer’s Elbow

Tennis Elbow: Sakit di bahagian luar siku, melibatkan extensor tendon.

Golfer’s Elbow: Sakit di bahagian dalam siku, melibatkan flexor tendon.

Diagnosis dan Rawatan

Di Klinik Medinoura, doktor akan melakukan pemeriksaan klinikal dan ultrasound muskuloskeletal untuk mengenal pasti punca sebenar kesakitan siku.

Rawatan termasuk:

  • Rehat dan pengubahsuaian aktiviti
  • Ubat anti-radang
  • Pendakap siku
  • Fisioterapi
  • Suntikan ultrasound-guided

Bagi pesakit yang mengalami simptom berpanjangan, suntikan seperti kortikosteroid atau rawatan regeneratif tertentu boleh membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan.

Rawatan Sakit Siku di Klinik Medinoura

  • ✔ Pemeriksaan sakit siku oleh doktor berpengalaman
  • ✔ Ultrasound muskuloskeletal
  • ✔ Suntikan ultrasound-guided untuk Tennis Elbow dan Golfer’s Elbow
  • ✔ Pelan rehabilitasi yang disesuaikan

Hubungi Klinik Medinoura untuk mendapatkan penilaian dan rawatan yang sesuai.

Artikle Lain

Rawatan Sakit Lutut

Suntikan Lutut: Rawatan Berkesan Untuk Sakit Lutut Tanpa Pembedahan Sakit lutut merupakan antara masalah sendi

error: Content is protected !!